Thursday, July 14, 2011

episod tiga lapan

assalamualaikum , ehee :)
er susah untuk dimengertikan kenapa manusia suka sangat mengutuk sesama saudara atau dalam erti kata lain ialah mengumpat. apakah istilah mengumpat ini sudah tidak digunakan? ecehh , ayatt .buat ketupat agaknya (tunggu raya nanti bolehkan) korang tak takut ke bila mana teringat kembali balasan yang akan Allah berikan kepada mereka yang suka mengumpat. kite nie tak ada lh baik beno tapi ada jugak ingatkan diri ini yang kadang-kadang ada juga tersalah menceritakan hal orang lain kepada mereka yang lain. astaghfirullah….
okay startt :) mengumpat ini amatlah berat. bagi kite ia umpama virus yang sangat membahaya. ia boleh juga tergolong dalam kategori memfitnah iaitu daripada mengumpat, boleh menjurus ke arah memfitnah. betul takk ?
dalam kehidupan seharian kite semua nie , ada je yang menyentuh pemikiran kite. kite tergerak untuk bercerita di sini bukan sekadar cerita kosong, tetapi untuk mengingatkan kita semua termasuklah diri kite sendiri bahawa janganlah kita amalkan sikap seperti ini. kite terlihat satu kelompok manusia yang suka mengutuk rakan-rakan sejawat. hmm tak tahu lh kite apa motif kutukan tersebut. perbuatan seperti itu sememangnya bukanlah perbuatan yang sihat dalam sesebuah hubungan.
apa yang kite paling tak gemor , apabila di hadapan seperti tiada apa-apa masalah, tetapi di belakang mengutuk umpama bahan ‘makanan sampingan’ sahaja. ingatlah wahai insan, mungkin bagi anda yang suka mengutuk atau mengumpat orang akan rasa seronok seolah-olah anda sedang mengunyah snek, tapi tahukah anda bahawa anda sedang memakan daging saudara anda sendiri? haa , tahu takk ? ishh3 udah udah le tuh :)
wahai sahabat-sahabatku sekalian. janganlah korangg suka mengumpat kerana dosa mengumpat ini amatlah besar sehinggakan ia tidak akan mendapat pengampunan dari Allah kecuali korangg meminta ampun dengan orang yang korang umpat tuh.
ada beberapa petikan hadis yang mungkin boleh menginsafkan anda yang suka mengumpat :)
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
“Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”.
Maka Allah menjawab :”Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat sudah tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Wallahualam.

renung-renung kan dan selamat beramal ! (^^,)