Sunday, July 24, 2011

episod lima lima

hee , dah tiga hari tak update blog =,='
nothing to says today .
sangat bahagia :)

Wednesday, July 20, 2011

episod lima empat

untunglah kau andy , boleh balik sabah sesuka hati.aku nie yang nak sangat pergi sabah ntah bila nak pergi -.-
weehhhhh balik nanti beli kan aku baju nie eh , weee ~ nanti aku bayar lh balik !


tau tau tau ! :D
take care doh , kirim salam dekat family kau , weee ~
kalau balik sini bawak farizal ,rindu nak tengok muka baik dia tuh (^^,)



episod lima tiga

err dah kena ugut baru nak pergi klinik :p
bukan nya doktor tu nak bagi penumbuk ke apa ke yang takut sangat nak pergi klinik tu . haishh
bie terukk ! :)

iloveyousangatsangatbie :**

bie , lepas nie org yg demam pulak bie jangan tanya kenapa ! ;)

terima kasih HANIF ABDUL WAHID ,
sayang awak 


Tuesday, July 19, 2011

episod lima dua

hari ahad hari tuh dia kata dia selsema , then jumpa hari isnin batuk pulak . cakap pun dah sengau HAHA. tuh pun boleh berlagak sehat lagi , ishhh . banyak main punya budak . org dah cakap banyak kali dah , pergi klinik , pergi klinikk , pergi klinikkkkkk tapi tak habis tunggu malam , doktor tak ada lh , doktor sakit perut lh , alasan semua jenis cap ayam je , bagi lh alasan power sikit , hehhhh ;D dah tua tua pun takut pergi klinik , takut kena inject , apa lhh . nasib baik anak org HAHA .




p/s : mashi suka membebel sorang2 -.-

episod lima satu

Kesian Makcik nie…

“Satu pagi di stesen keretapi… Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takde lah keretapi lalu sekarang kan… ? 

Terimakasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye…


-----------------------------------------------------------------


Interview dalam English

 
Daud sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : “Daud…”

Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…

Daud : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?

Daud : “Yes .. sir … “

Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “

Daud : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in Malaysia”



----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mana Satu

 
“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

“Maaf dik… tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”

Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya…

“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..

“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”

“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu….

“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti snda seorang sarjana ya?” tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”



-----------------------------------------------------------------


p/s : tak tahu nak post entry apa lagi ;D semoga terhibur :)

episod lima puluh

bila lhh kan nak dapat benda alah nie :)



soon :D
jyeahhhh !


Monday, July 18, 2011

episod empat sembilan


apa yang gembira?
apa yang sedih ?
tak faham lhh -.-

episod empat lapan


Semalam hanyalah semalam..
suatu hari yang telah ku tinggalkan
hari ini telah menjelma
dan bakal tiba ke akhirnya

semalam adakah sempurnanya hariku
adakah tingkatnya imanku
adakah semua yang ingin ku lakukan terlaksana
ataupun semalam bukanlah hari yang sempurna bagiku

hari ini kurasakan lebih baik dari semalam
semua yang ku ingin lakukan telah terlaksana
tidak lagi membuang masa seperti semalam
ku bersyukur kerna ku sedar kini
masa begitu berharga

episod empat tujuh



congrats mashi !
kamu berjaya mempertahankan diri kamu untuk yang satu , jyeahhh ! kamu hebatt ! wee ~


episod empat enam

Pocoyo  :)



it is very simple cartoon indeed ..
it's the best for kids very simple even in language ..
it teach a lot things for children ... every episode has different story and different lesson..
VERY SIMPLE ...
i love pocoyo and his stories also the man who talk ( commentator )
i admire his accent so much HEE....
i hope in the future i will watch it with my kids HAHA :D (gatai nak kawen dah) 




comel , awwwwww :)


episod empat lima

banyak comel kann 
(^^,)

kalau lh dapat nie ..
confirm !
muka ada senyummm ;)
HAHA

Sunday, July 17, 2011

episod empat empat :D

hehh tak tahu nak post apa sebenarnya.main tekan je huruf huruf kat keyboard nie sesuka hati :D
suka tengokk :


pssstt ! jangan fikir laen. suka tengok color dia PURPLE ouhhh sangat cantek. berangan nanti bertunang nak buat warna puple lh kihkihkih :D lambat lagi lh mashi sengall  :p

purple ouh purple
sumpah cantik 


Saturday, July 16, 2011

episod empat tiga :)

perempuan yg 'freehair' itu jahat ??

hehh kali nie aku nak buat entry pasal nie pulak , 'freehair' means JAHAT =='
deyyy cuba bukak sikit otak korang tuh, cuba berfikiran luas sikit ..YES , memang memakai tudung itu perkara wajib sebab untuk menutup aurat . okay , lets see , macam mana kalau pakai tudung tapi kuku color2 macam macam , complete warna rainbow tu HAHA :p tuh apa pulak hukum dia ? alasan bulan ngah datang . nanti buang lhh. hehh cuba fikir , satu hari ngah korang hangout dgn kawan2 pakai baju cantik2 dengan kuku yg cantik berwarna tu tiba2 kena langgar lori sampah . aduhaii , time tuh nak mandi kan mayat korang kena cabut lh kuku tuh kan , tak kan nak kikis pakai kikir parut kutt hee :D dosa jugak bebb ..
lagi satu pakai tudung tapi baju dia ambik baju adik dia yg umur 3tahun , means KETAT lhh , haa ? apa cite ? nak kata lagi perempuan 'freehair' jahat . don't judge persons by her/his looked lh :D
the conclusion is , tak semestinya perempuan freehair tuh jahat and tak semestinya jugak perempuan yg pakai tudung tuh baik .
semua manusia Allah bagi otak kan , so boleh fikir sendiri mana baik and mana buruk . 
kepada stalker stalker yg mulut longkang tuh , balik rumah masuk bilik pergi depan cermin tengok kekurangan diri sendiri dulu . tak perlu kutt nak mengata org .
peace ! (^^,)

Friday, July 15, 2011

episod empat dua

alhamdulillah :)

akhir nya dapat juga aku tumpas kan sekor sekor syaitan yg nak menjahanamkan hidup aku HEHA xD
mashi HEBATTTT !
err saya bangga dengan awk mashi , ececehh ;p



cara-cara mashi menumpaskan mereka yg macam longkang nie ;)


  • ang buat tataw ( selamba dek sudahh ;D )
  • ingat Allah sentiasa ada dengan kite
  • solat dan memohon keredhaan dari-Nya
  • ingat org tersayang heee ~ ( ibu ayah adek-adek and boyfriend HAHA )

Thursday, July 14, 2011

episod empat satu

masalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalahmasalah (-.-)


damnnn !


ya-Allah , tolonglah hamba mu ini ..



episod 40

sumpah bosann !
-.-

setiap hari makan kedai , untunglh . kahwin nanti tak tahu macam mana , HAHA . bantai lh , asal kan masing-masing bahagia (^^,)

menu pilihan hari-hari ,
  • tomyam
  • kailan ikan masin
  • udang goreng tepung
  • air nescafe'o ais
  • air jus tembikai
tanya sikit , tak muak ke?? hehaa xD takpun . sedap jea ;) sebab org bayar . ngeee ~

episod tiga sembilan

orang yg tada otak memang suka buat bende2 bodoh . langsung tak fikir pasal orang laen . yang tau kepuasan diri sendiri . damnn SELLFISH ! org yang tak ada otak suka ambik hak org lain . kenapa haa ? tak fikir ke keperluan org laen . Allah dah kurniakan otak tapi otak letak kat lutut . ape cite bhaii ? :p hidup ngan angan-angan nak jadi kaya nak ada nie nak ada tu nak g sini nak g sana , tapi tak ada usaha . tu pun boleh dinamakan bodoh . betul kan? bodoh tapi berlagak pandai . please lhhh . org macam tu bukan je bodoh tapi SOMBONG . jangan lh buang otak lalu menjadi bodoh dan berlagak sombong . banyak lagi realiti hidup yg perlu kite semua hayati and hargai . semua terjadi dengan redha Allah . hanya tunduk dan sujud lh mengharap keredhaan-Nya :)



episod tiga lapan

assalamualaikum , ehee :)
er susah untuk dimengertikan kenapa manusia suka sangat mengutuk sesama saudara atau dalam erti kata lain ialah mengumpat. apakah istilah mengumpat ini sudah tidak digunakan? ecehh , ayatt .buat ketupat agaknya (tunggu raya nanti bolehkan) korang tak takut ke bila mana teringat kembali balasan yang akan Allah berikan kepada mereka yang suka mengumpat. kite nie tak ada lh baik beno tapi ada jugak ingatkan diri ini yang kadang-kadang ada juga tersalah menceritakan hal orang lain kepada mereka yang lain. astaghfirullah….
okay startt :) mengumpat ini amatlah berat. bagi kite ia umpama virus yang sangat membahaya. ia boleh juga tergolong dalam kategori memfitnah iaitu daripada mengumpat, boleh menjurus ke arah memfitnah. betul takk ?
dalam kehidupan seharian kite semua nie , ada je yang menyentuh pemikiran kite. kite tergerak untuk bercerita di sini bukan sekadar cerita kosong, tetapi untuk mengingatkan kita semua termasuklah diri kite sendiri bahawa janganlah kita amalkan sikap seperti ini. kite terlihat satu kelompok manusia yang suka mengutuk rakan-rakan sejawat. hmm tak tahu lh kite apa motif kutukan tersebut. perbuatan seperti itu sememangnya bukanlah perbuatan yang sihat dalam sesebuah hubungan.
apa yang kite paling tak gemor , apabila di hadapan seperti tiada apa-apa masalah, tetapi di belakang mengutuk umpama bahan ‘makanan sampingan’ sahaja. ingatlah wahai insan, mungkin bagi anda yang suka mengutuk atau mengumpat orang akan rasa seronok seolah-olah anda sedang mengunyah snek, tapi tahukah anda bahawa anda sedang memakan daging saudara anda sendiri? haa , tahu takk ? ishh3 udah udah le tuh :)
wahai sahabat-sahabatku sekalian. janganlah korangg suka mengumpat kerana dosa mengumpat ini amatlah besar sehinggakan ia tidak akan mendapat pengampunan dari Allah kecuali korangg meminta ampun dengan orang yang korang umpat tuh.
ada beberapa petikan hadis yang mungkin boleh menginsafkan anda yang suka mengumpat :)
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
“Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”.
Maka Allah menjawab :”Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat sudah tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Wallahualam.

renung-renung kan dan selamat beramal ! (^^,)

Tuesday, July 12, 2011

episod tiga tujuh

What is love? Those who don't like it call it responsibility. Those who play with it call it a game. Those who don't have it call it a dream. Those who understand it call it destiny. And me, I call it You.









 terima kasih sebab buat saya tak berhenti tersenyum (^^,)

episod tiga enam

hee aku suka sangat lh tengok diana amir punye rambut dalam movie 3,2,1 cinta tuh..nak try buat macam tu kutt tapi ramai tak bagi -.-suke hati lh weh , rambut aku HEE . nak potong ke tak nak , HAHA . ntah lh.. anep ajak g potong sabtu nie dekat tapah.hoi cik abg tak ada jauh lagi ke nak g potong rambut.bidor pun ada lh :p tapi ..ikut je lh hee (;
btw , thanks belanja makan and bawak jalan2 tadi , walaupun pakai motor eden HEE , nasib baik minyak isi kalau tak sepak kamu laju laju :D


rabu minggu depan wawa ngan iqbal ajak g bukit merahh , hee .  sorry tak dapat join , hari biasa ada kerja lh ,  paham paham sudah lh kerja apa HAHA :p
nanti kite g cherating ramai ramai eh (^^,)

episod tiga lima

Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.

(^^,)

episod tiga empat

kisah teladan :)


Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
 




Thursday, July 7, 2011

episod tiga tiga


paham paham sendiri sudah HAHA :p

episod tiga dua


hentikan mulut busuk + jahat anda itu kerana tak bawa apa apa manfaat dalam hidup pun , berkilo kilo dosa bertambah lagi ada lahhh :D



Firman Allah bermaksud: 

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” 
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.


Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:“Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut:“Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.”(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:“Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.”(Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah.





p/s : yg penting ibu ayah saya dan juga saya tak pernah kacau hidup kau wahai pakcik pakcik makcik makcik adek adek abang abang kakak kakak yg buat fitnah tu . daripada kome duduk canang cite duk buat fitnah pasal org baik duduk berzikir lh bodohh ! tak payah duk sibuk hal peribadi org lain . pleasee :)
maaf terkasar bahasa -.-