Tuesday, August 30, 2011

episod lapan puluh

heeee raya first yang sangatt meriah dalam hidup aku ,
first time jugak kena kerja time hari raya , bosan tapi bestt lh jugak, ehee :)
lepak dekat pizza gilagila tangkap gambar je , semua isma lah start dulu, haha . korang memang hapening lh kawan , best raya ngan koranggg ! :D
andyyyyyyyyy ! kedekutt kan kau , haha . dah dapat rendang nenek aku terus balik :p













selamat hari raya ! 
(^^,)

Monday, August 29, 2011

episod tujuh sembilan

maaf lah ya , saya sikit pun tak berminat nak tahu number phone bf awak tuh haihh :)
senang ambil bf awak tuh simpan dalam peti besi , kunci then buang kat jambam kunci tuh lepas kau berak , confirm selamat bf kau , hahahhh :D

episod tujuh lapan

assalamualaikumm ..
sms sebagai pengganti kad raya , nak jimat tuh bolehhh , HAHA :D

awak awak :) selamat hari raya ! mintak maaf eh kalau selama nie ada tak perasan tersakit kan hati koranggg (^^,) ikhlas dari mashi anak kamil :D

mereka yang sudi mengreply , TERIMA KASIH :)

kerek : just wanna take this oppurtunity to wish you all Happy Eid Fitri.Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.peace gus ! have a nice holiday with the loved ones :)

kashfi : selamat hari raya mok :)

hidayah ramzan : selamat hari raya wat kawan2,saudara mara,kalau2 nurul hidayah nie ada wat silap dan salah.saya mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kakimu.huhu

abg fizi : selamat hari raya maaf zahir batin,jemput dtg rumah yerk:) -safizi sauti-

izzat : selamat hari raya gak.

aliaa : hahaha okay.selamat hari raya ! aku pun mintak maaf kalau ada buat salah kat kau.kosong2 kay.hik3 ^-^

mija : selamat hari raya aidilfiri ! ikhlas dari isaac mierza.maap zahir n batin..kesalahan korang sye maap kan gak..thanks be my friend.

linda : sy norhaslinda bt ahmadshah ingin memohon maaf andai ada terkasar bahasa,trslh tngkh laku,telepas ckp,termaki,terkutuk,brbagai2 ter lh kan..ampun kan segala dose2 ku..selamat hari raya,maaf zahir dan batin.pape pon aku syg korang sume.

nyna : salam & hi kwn kwn :) selamat hari raya aidilfitri.maaf zahir batin.segala kekhilafan mohon d'ampuni.peace adios-nr

kak farah : awak awak,kite pon mintak maaf..selamat hari raya :)

anep : selamat hari raya jugak..

zul : hehehe selamat hari raya mashi anak kamil haha sorry juga tau kalau kalau ada salah dari first day kita kenal dekat pizza dulu , rindu kau ikhlas zulfikri :)

azila : hehee selamat hari raya kak ipaq.

anieza :selamat hari raya maaf zahir batin juga :) do enjoy your rayaa hahah



ramai lagi doe hantar , to be continued..haha


Sunday, August 28, 2011

episod tujuh tujuh

org laen pun tidur jugakkkkk
-,-

btw : happy birthday kau !

Friday, August 26, 2011

episod tujuh lima

hehhh gila lah first day kerja hari nie , berjalan non stop kutt , lagi lagi time nak berbuka , perhhh dah lah lapar , kena layan kerenah customer yg macam macam perangai nya , hee . tapi best kutt sebab dah lama tak merasa busy begitu , rindu pizza lah kata kan .
err abng fadhil tunjuk handset baru dia , iphone 4 kuttt , heyyy time tuh mula lah segala urat perut urat lutut aku tergedik gedik cakap nak benda tuh , ececehh kau mashi , padahal kau yg nak en . heeee :D sabarrr sabarrr ada rezeki kau nanti tuhh , hehe , aminn :) 

Wednesday, August 24, 2011

episod tujuh empat

alhamdulillah ,
sampai kajang sudehh :D
masuk rumah hug hug nenek , haha :p
wehh penat siott ,
dari pudu redah jalan kaki pergi plaza rakyat naik train tukar train , haihhhh . nasib baik iman aku kuat , kalau tak bukak puasa dah nie , heheee :) cepat lahh azann maghribb , hee :D
tadi lalu depan sekolah jalan bukit , ada budak india nie korek hidung doh , haihh kauu , untung lah boleh korek hidungg , aku tunggu maghrib kunk , hahahhh :D


err rindu adam dohh , tadi duduk dalam train , tiba tiba ada budak kecik menangis , terus teringat kat adam , haihh rasa tak biasa bila tak ada dia , selalu bangun tidur ada dia , suap dia makan , main bola dengan dia , dalam train tadi nak menangis kutt . tahan je air mata nie . haihh adam kau memang nyawa along tahu takk sayangg . cepat lah sabtu , nak peluk cium dia -,-


Sunday, August 21, 2011

episod tujuh dua

kenapa lah aku nangis ? aku sendiri tak tahu apa motif aku nangis , haha . gedik doh aku . huhhh -,-'
setiap masalah kita tak semestinya semua kita kena cerita kat org kan . okay betul . tapi bila tak cerita mula lh buat perangai sorang-2 . ada je yg tak kena , semua org jadi mangsa , haihh mashii...kenapa dengan kamu nie ? tak elok . okay stop it . tapi tak nak cerita dekat sesiapa jugak . biar aku dengan dia je yg tahu . tapi kenapa dia boleh relax gelak huhhahuha yg aku touching lebih ? haha . sengal gila kau kan . takpe . dah biasaa . 


wehh kau , 
thanks lh kalau kau kata kau faham aku . maybe dengan aku kau cakap macam tuh sebab nak sedap kan hati aku je -,-
lagi satu thanks sebab still sudi nak tunai kan janji kau tuh walaupun aku rasa dah tak patut kan . you have your own life now :) 
aku doakan kau happy and kau pun doakan aku happy , so duadua happy . fair kann :D
aku nak mintak maaf jugak sebab dalam hal nie aku rasa aku yg paling bersalahhh -,- kalau aku tak mula kan , semua nie tak jadi kan . tapi kenapa kau pulak yg beria nak mintak maaf kat aku ?? hehhh , takpe lh aku maafkan , hee :)




selamat hari raya :) ( aku nak jadi org first wish kat kau HAHA )
tahun nie tak dapat raya ramai-2 macam dulu . kau pun cuti sekejap sangatt . free turun lh kajang , jangan kau cakap kau tak tahu kajang kat mana dah , aku bakor kampung kau kat dusun nanding tuh , hee :D


kbyee.kau takecare okay.

episod tujuh satu

s***t lhh kau perempuan :D
mati lagi bagus lh ,
tak doakan but really really HOPE for that , HEHA :D

wehh aku dapat biasiswa doe , ( mata ke atas , tangan di dada ), bangga kan kau ! haha . bangga lah pulakk , seumur hidup tak pernah dapat scholarship :)
terima kasih UTUSAN (^^,)
dapat buat foundation dekat KOLEJ TECHNOLOGY YPC.
foundation in bussiness information technology 
12/9 neh start class , sumpah tak sabar ! ngee :D 
( sengih tunjuk gigi )
ALHAMDULILLAHHHHH ^____^

Saturday, August 20, 2011

episod tujuh puluh

aku teruk
aku jahat
aku penakut
-_______-

mintak maaf wehh 

Friday, August 19, 2011

episod enam sembilan

pheewittttttttttttt ! :D





perhhh kalau dia jadi boyfie aku , Brad Pitt mintak aku jadi bini dia pun aku tak nak , HAHA :)
Remy Ishak  ♥


# pasnie ada lah tuh org jealous HAHA :p

Wednesday, August 17, 2011

episod enam tujuh


Apabila masing-masing punya hala tuju tersendiri, seorang di universiti situ, seorang lagi di universiti sana. Maka perpisahan berlaku. Sudah mula kurang berhubung lantaran sibuk dengan tugasan yang menimbun. Apabila mesej yang dihantar tiada berbalas, hati mula menyangka yang bukan-bukan. Dia sudah sombong. Dia sudah lupakan aku.
Hanya tahu merajuk. Hanya tahu mengeluh. Satu kesalahan dengan mudah melenyapkan seribu kebaikan yang dahulu saling memberi dan saling menerima. Hanya mengerti untuk memprotes. Malas sudah menghantar pesanan lagi. Biarlah dia dengan dunianya. Padahal saudara di sana tidak putus-putus berdoa buat kebaikan dirinya walaupun khabar tiada berbicara.
Itu salah satu rajukan, keluhan dan protes dalam hidup.
Itu baru rajukan, keluhan dan protes dengan manusia.
Dengan Allah lagi hebat.

Rajukan dan keluhan membawa kepada protes.
Melihat kekayaan harta orang lain, diri sendiri juga mahu kaya. Mahu kereta besar, mahu rumah besar, mahu duit yang banyak dan segala lagi harta dunia, merajuk. Mengapa mereka sahaja yang diberikan harta yang menimbun, mengapa aku tidak. Mengapa mereka sahaja yang makan yang sedap-sedap, tetapi aku hanya nasi dan lauk yang sama sahaja hari-hari. Mengapa mereka sahaja punya rumah besar cantik berhias tetapi mengapa aku hanya rumah kampung berkayu. Mengapa mereka punya perhiasan dan pakaian yang serba indah tetapi aku hanya punya pakaian yang sudah luntur warna lantaran kerap dibasuh. Perhiasan rumah tidak usah cakap, malu mahu dikira. Seribu keluhan terluah.
Mahu kaya dengan senang. Sudah berani mencuri. Pecah rumah. Melakukan penipuan dengan segala perjanjian palsu. Memperdaya dan mendapat hasil haram. Amanah yang tergalas di bahu dengan mudah dihempas begitu sahaja. Pecah amanah dan memperoleh hasil haram. Riba usah dikira. Tidak dicampur dengan sindiket Along. Gila akan harta dunia. Gila akan kekayaan dunia. Gila akan duit berjuta-juta, rumah dan kenderaan mewah. Sehinggakan berani memprotes dengan anggota badan pemberian Allah sendiri.
Hanya tahu melihat ujian yang hakikatnya sengaja menduga keimanan hati.
Tertipu kerana mata hati sendiri yang buta.
Bukannya mahu melihat nikmat yang menggunung.
Tidak bersyukur dengan rumah selesa yang didiami, padahal masih ada di luar sana yang tiada berumah. Ada yang berpindah-randah tiada penempatan yang kekal. Ada yang sudah menganggap kaki lima bangunan cukup sebagai 'mahligai indah'. Tidak bersyukur dengan kenderaan yang sedia ada. Padahal ada di luar sana yang penat berjalan kaki berulang alik ke sana ke mari di tengah terik mentari mencari rezeki dan sesuap nasi buat anak-anak.
Tidak bersyukur dengan pakaian yang sedia ada yang sudah cukup untuk menutup aurat dengan sempurna. Padahal masih ada di luar sana, memakai pakaian yang cukup lusuh. Dengan pakaian yang sudah berkali-kali ditampal. Koyak, berlubang dan tampal lagi. Padahal ada di luar sana yang juga sengaja 'tidak punya kain lebih'.
Tidak bersyukur dengan rezeki makanan walaupun nasi dan lauk-pauk hampir berlainan setiap hari. Padahal ada di luar sana yang hanya mampu menelan air liur melihat senangnya mereka mengisi perut yang berkeroncong. Padahal ada di luar sana yang hanya punya nasi berlaukkan garam bagi mengalas perut yang lapar minta diisi. Malah, lagi menyedihkan, ada yang menjadikan siput babi sebagai santapan.
Masih juga mahu merajuk. Masih juga mahu mengeluh. Masih juga berani memprotes.
Sungguh hamba yang tidak tahu malu. Sombong.
Apabila berhadapan dengan cermin, melihat tubuh badan. Merajuk lagi. Mengapa badan aku tidak langsing seperti model. Mengapa aku makan banyak sangat sampai berat badan naik. Mengapa badan aku penuh lemak dan berisi. Aku juga mahu langsing. Sudah itu, wajah pula ditilik. Habislah, muka aku dah timbul satu jerawat. Warna kulit tak sekata. Mata sudah jadi panda, jelas kelihatan lebam bawah mata. Mengapa bulu mata tidak lentik seperti model. Mengapa bibir tidak merah merekah semulajadi. Mengapa kulit muka kasar dan tidak tegang. Mengapa kulit gelap dan penuh bintik-bintik hitam. Mengapa aku tidak cantik macam yang lain. Punya kulit putih melepak, mata bundar, senyuman manis dengan gigi tersusun rapi dan alis mata yang lentik. Seribu keluhan terluah.
Rajukan dan keluhan membawa kepada protes.
Mula menyedut lemak yang berketul-ketul. Mahu langsing. Tidak mahu makan nasi sehingga muka kering seperti orang yang sakit. Sengaja menyeksa diri. Berhabis duit untuk membeli bermacam produk dan pil pelangsing badan. Melakukan pembedahan plastik. Ingin memancungkan hidung yang penyek. Ingin kulit muka yang tegang, gebu dan halus. Kening habis dicukur dan diukir kembali. Tidak cukup dengan itu, mula pula memakai susuk. Duit juga sudah beribu-ribu malah berjuta, berhabis hanya untuk botox.
Hanya tahu melihat ujian yang hakikatnya sengaja menduga keimanan hati.
Tertipu kerana mata hati sendiri yang buta.
Bukannya mahu melihat nikmat yang menggunung.
Apabila melihat cermin, bukannya bibir pantas mengucap Alhamdulillah dan membaca doa. Sebaliknya, mata hanya cepat menangkap bintik-bintik hitam di wajah. Bukannya mahu meneropong hati yang penuh titik-titik hitam. Mata cekap menangkap tona wajah yang tidak sekata, pantas melihat panau. Bukannya mahu melihat hati yang penuh bertempek dengan debu-debu dosa. Kecantikan luar terlalu lebih dititikberatkan sehingga menyebabkan kecantikan dalaman terabai.
Kaki mudah melangkah menuju pusat kecantikan. Namun, payah bagi kaki untuk melangkah menghadiri ceramah-ceramah yang hanya diberi secara percuma di masjid. Sanggup berhabis duit ribuan malah jutaan ringgit semata-mata mahu melihat penampilan di luar cantik dan sempurna dari segenap segi. Bukannya mahu dilaburkan pada rumah-rumah anak yatim sebagai bekalan di Akhirat sana. Bukannya mahu menghabiskan duit memberi sumbangan kepada rumah-rumah orang tua.
Namun begitu, masih tidak bersyukur, sedikit yang begitu ingin melihat kecacatan hati sendiri. Berani mencabar Allah dengan tidak menutup aurat dengan sempurna. Langsung tiada bersalah memaparkan gambar yang bisa meruntun Iman dan hati si pria. Masih juga ingin mengubah segala yang ada. Ingin mengubah segala yang sudah cukup sempurna. Padahal di luar sana, ada yang begitu menghargai tubuh badan yang sedia ada walaupun tangan telah kudung. Begitu menghargai kaki yang sudah lumpuh. Tidak tambah lagi dengan penyakit misteri pada muka dan kulit.
Masih juga mahu merajuk. Masih juga mahu mengeluh. Masih juga berani memprotes.
Sungguh hamba yang memang tidak tahu malu. Sombong.
Diri mudah melihat kelebihan pada orang lain. Merajuk yang tiada berkesudahan. Mengapa aku tidak pandai seperti dia, asyik mendapat keputusan yang rendah dalam peperiksaan. Mengapa aku tidak pandai berpidato seperti dia. Mengapa aku begitu lemah dan tidak berjaya menempatkan kedudukan dalam kelompok pelajar cemerlang seperti dia. Asyik dia sahaja yang menang tempat pertama. Asyik dia sahaja yang dapat "4 flat". Aku ini tiada kelebihan. Tidak adil. Seribu keluhan terluah tanpa sedar.
Rajukan dan keluhan membawa kepada protes.
Kerana terlalu mengikut hati yang sering tidak berpuas hati, usaha entah ke mana. Jika mendapat keputusan yang rendah dalam peperiksaan, sungguh mudah mengangkat bendera putih. Malas sudah belajar, lebih baik merempit. Lebih baik mengedar dadah. Andai gagal dalam SPM, mengambil keputusan untuk membunuh diri. Mengambil tali dan menggantung diri. Memanjat tangga bangunan dan terjun.
Hanya tahu melihat ujian yang hakikatnya sengaja menduga keimanan hati.
Tertipu kerana mata hati sendiri yang buta.
Bukannya mahu melihat nikmat yang menggunung.
Seharusnya berusaha mencari kelebihan diri, bukan begitu mudah menyerah kalah. Allah tidak begitu kejam menjadikan manusia itu hanya dipenuhi keburukan dan kekurangan. Hati mudah menyalahkan Dia. Hati mudah mengatakan Dia tidak adil. Bukannya mahu membongkar kekuatan diri untuk menjadikan diri lebih baik. Yang dipandang hanya kelebihan orang lain yang lebih. Merungut. Mata hati tertutup daripada terpandang anugerah daripada Allah yang sudah ada dalam diri.
Seharusnya menginsafi diri. Mencontohi mereka yang kekurangan anggota tetapi masih boleh menempatkan diri antara yang cemerlang. Seharusnya mengikut jejak langkah mereka yang cekal berusaha mencari mutiara ilmu walaupun nikmat mata ditarik. Ya, buta. Padahal di luar sana, masih ada yang tiada berpeluang menimba ilmu di sekolah apatah lagi menjejakkan kaki di menara gading lantaran kesempitan hidup. Padahal di luar sana, ada yang begitu berkobar semangat ingin menadah ilmu tetapi tiada berkesempatan lantaran terlantar kesakitan, tiada mampu bergerak.
Masih juga mahu merajuk. Masih juga mahu mengeluh. Masih juga berani memprotes.
Sungguh hamba yang memang tidak tahu malu. Begitu sombong.
Terkadang kita sakit sedikit, sudah begitu mudah merajuk, mengeluh dan memprotes.
Mengapa mudah melihat ujian, sedangkan nikmat-Nya sudah begitu menggunung.
Diuji sedikit sahaja tidak boleh. Dikata Allah tidak adil. Mengapa tidak melihat pada pemberian nikmat yang lebih besar daripada ujian yang melanda?
Terkadang kita yang gagal dalam peperiksaan mahupun ujian pelajaran sedikit sudah begitu mudah merajuk, mengeluh dan memprotes.
Mengapa mudah melihat ujian, sedangkan nikmat-Nya sudah begitu menggunung.
Diuji sedikit sahaja tidak boleh. Dikata Allah tak sayang. Mengapa tidak melihat pada pemberian nikmat yang lebih besar berbanding ujian yang menimpa diri?
Terkadang begitu manja, segalanya mahu lebih. Makanan tidak sedap sedikit sudah begitu mudah merajuk, mengeluh dan memprotes.
Mengapa mudah melihat ujian, sedangkan nikmat-Nya sudah begitu menggunung.
Diuji sedikit sahaja tidak boleh. Dikata Allah kedekut. Mengapa hati begitu buta tidak melihat pada pemberian nikmat yang sudah begitu banyak berbanding ujian yang sedikit?
Wahai hamba yang mewah bergelimang dengan nikmat, berhentilah merajuk. Hentikan keluhanmu. Cukuplah memprotes. Dia sudah begitu Pemurah dan Penyayang memberi, tetapi hamba yang tidak tahu malu dan sombong ini sedikit sahaja yang bersyukur. Hamba yang tidak tahu malu dan sombong ini sangat mudah mengeluh dengan ujian yang secubit cuma berbanding kenikmatan yang melimpah ruah. Nikmat yang antara sedar atau tidak. Kerana begitu banyak dan menggunung. Apakah masih juga mahu merajuk? Apakah masih juga mahu mengeluh? Apakah masih juga memprotes? Walaupun hakikatnya ujian itu tanda sayangnya Dia?
Jika mata hati terbuka melihat segala nikmat yang menggunung tinggi, pasti menjadi hamba yang bersyukur dan qana'ah dan berhenti daripada terus merajuk, mengeluh dan memprotes,
Jika mata hati terbuka melihat segala nikmat yang menggunung tinggi, sudah pasti diri malu kerana tiada terpikul walau ujian yang sedikit cuma kerana menyedari betapa Dia begitu Pemurah.
Jika hati terasa letih dengan ujian, lihatlah nikmat-Nya yang sudah begitu menggunung. Pantaslah untuk berasa malu dengan diri sendiri. Betapa hamba ini begitu mementingkan diri.
Apabila diberi nikmat, sedikit tanda bersyukur.
Tetapi apabila ditimpa ujian, seribu keluhan terluah.
Satu kesalahan dengan mudah memadam seribu kebaikan.
Satu ujian dengan mudah melenyapkan seribu nikmat.
Dalam usaha menaiki tangga ke Syurga, ujian itu perlu setelah pemberian nikmat yang begitu melaut.
Sungguh, bahagialah apabila diuji.
#thanks kepada hamba Allah yang bagi artikel nie kat aku :D

Tuesday, August 16, 2011

episod enam enam


dia still lagi tak boleh faham aku
-_______-

Sunday, August 14, 2011

episod enam lima


nie keluar dengan family pergi JJ Ipoh , ibu nak buat cermin mata , cermin mata lama dia sudehh patah , adam buatt . ganas kan adek saya HAHA :D
semua decided nak berbuka kat Pizza.heeee SUKAAA!
then pergi beli BigApple and dapat icecream BaskinRobbin freeee , angah bagi , trimas angahh ! kalau nak beli setahun sekali le , banyak pulak duet nak makan selalu :D


errrr tiba-2 teringn balik nak pergi Sabahh, teheee :D bila lah kan dapat pergi -,-'



tak tahu apa motif upload video nie tapi ntahhh lh ,
sentapp ouhh -,-


Wednesday, August 10, 2011

episod enam empat

    aku seorang yang 

  • kuat terasa
  • suka ambik hati apa yg org cakap 
  • suka berdendam
  • suka simpan dalam hati
    
    err semua BAD HABITS.berubah boleh tak?? i'll tryy -.-
    pirahhhhh ! muka je ganas tapi kuat merajuk . haha . 
    dalam hati ada lost world derrr :D


ehemmm mintak maaf ibu , ayah , anep , saya nie sangatt degil . suka tak dengar cakap . suka buat keputusan sendiri . suka memaksa . semua nya suka tapi tak betul :(
mulai dari hari nie saya akan cuba berubah and be a better person , teehee :D
tapi koranggg tolong lh jangan suka merepek bukan-2 , tak gemor benor teman mendengor nye ..boleh ye . kerjasama korang amat dihargai . terima kasih :)


#dalamblogbolehlahcakapkencangderr.cubadepandepantengok.haramnakbercakap.kepalajeyangturunnaikturunnaikHAHA.apaadahalwehh! :D


Friday, August 5, 2011

episod enam tiga

hari sabtu : lepas mandi turun lepak dekat bawah , tiba-2 ibu cakap 'kenapa ic kau kat sini long,suka sangat letak merata,hilang nanti baru tau' .err aku macam dalam mimpi pun ada , ehee . betol ke ic aku ada kat situ . HAHA . one week aku cari ic kat dalam bilik tak jumpa-2.tahu-2 ada belakang tv . heee :D alhamdulillahh .


okayyy hari nie balik Kajang berbuka dengan family belah ibu :D kak nana buat kan bubur ayam untuk kitorang weee ~ thanks aunty :) esok nya pulak aku nak lepak dengan member-2 pizza then berbuka sama-2 diorang semua . lepas tuh anep ambik balik bidor , wengg wengg :D

whoaaa :) berbuka rumah nenek hari nie , kak nana bawak bubur ayam , ibu bawak kuih beli kat aunty normah tadi , acu pulak bawak otak-2 , makteh and maklong tak tahu bawak apa . paklang tak tahu lh dia tahu kitorang balik ke tak , makjangg..sorry awak jauh sangatt tak dapat berbuka sama-2 hari nie -.- 
serious takk sabarr !


balik kampungg ohhhh balik kampungg , lalalalala (^^,)

episod enam dua

ic aku hilang lagi wehh -.-
mashi sangatttt CARELESS !
kali ketiga hilang dah.
aku search JPN, and check amount kena bayar kalau hilang kali ketiga.
huhhh permohonan RM10 , kompaun RM300 , total RM310. mana nak cari duet wehh -.-
nak nangis gila dah nie.
padan muka kau mashi!!!

Thursday, August 4, 2011

episod enam satu

hari keempat berpuasa : sama je macam hari-2 :) berbuka hari nie sedap dan mengenyang kan :D

sambung tengokk cerita SEKALI LAGI ,





















shaheizy sam :)
oh si kacakkk
teeheee (^^,)

Wednesday, August 3, 2011

episod enam puluh

hari ketiga berpuasa : okay je kutt -.-



=________________='


Monday, August 1, 2011

episod lima tujuh :)

WANITA @ PEREMPUAN :)
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin 
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin 
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah 
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang 
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan 
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang 
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat 
tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, 
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja 
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama 
kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak 
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai. 

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan 
tulus.

** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung 
dan bukan sebagai pemusnah.
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk 
dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA





p/s : but aku bersyukur kerana dikurniakan lelaki yang memahami dan sentiasa ingin kan yang terbaik buat aku :) thanks hanif abdul wahid . org sayang awak sangatt sangatt walaupun org jarang gila babi tunjuk yang org sayang awak , and terpaksa melayan kerenah org yang macam sawan babi nie jugak , ehee :D
lagi satu , org nak mintak maaf sangat sebab selama nie banyak buat awak sakit hati dengan org and banyak silap org dekat awak . im sorry bie -.-

episod lima enam

RAMADHAN datang lagi :)
hope ramadhan tahun nie akan mengubah sesuatu menjadi yang lebih baik , aminn (^^,)

hari first puasa : tak lh lapar sangat because dah biasa tak makan kutt , ehee . tapi haus nya ya ampun . time berbuka kenyang minum air je . then pergi terawih bersama org tersayang HANIF ABDUL WAHID and NURUL HIDAYAH RAMZAN . ilysm korangg :)